Kalau ada orang cakap, dia tak pernah ditimpa ujian, hmmm nampak sangat ada yang tak kena dekat orang tu. So better dia cek balik apa yang dia dah buat sepanjang hidup dia. Rasulullah SAW (selawat sejahtera ke atas baginda) ialah manusia yang teragung sepanjang zaman pun tak terlepas dari ujian Allah SWT. Nak tahu kenapa ?
Sabda Nabi s.a.w:
"Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim)
Kasih sayang Allah SWT terhadap hambaNya meliputi langit dan bumi. Allah sangat sayangkan hambaNya. Allah Maha Penyayang ! Bila Allah turunkan ujian tu, tau tak apa yang Allah nak dengar sebenarnya ? Dia nak dengar rintihan dan aduan kita. Allah rindu nak dengar suara hambaNya. That's why bila kita rasa kita macam seronok je hidup without ujian, cek balik mana2. Khalifah2 zaman kegemilangan Islam dulu, tak senang duduk kalau Allah tak turunkan ujian kat diorang. Hmmmm kita kita ?
So Amalina, jadikan semua ni iktibar. Jangan kau nak merengus bila Allah nak bagi ujian. Weh ujian yang kau hadapi sekarang ni sangatlah kecil kalau nak dibandingkan dengan serikandi2 Islam zaman Rasulullah SAW. Ambil iktibar dari kisah Serikandi Sumaiyah, Saidatina Aisyah r.a, Saidatina Khadijah, Ummu Habibah, Saidatina Asma' binti Abu Bakar r.a dan serikandi serikandi yang hebat ! Bila ditimpa musibah dan ujian, mengadulah dekat Allah kerana sesunggguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Ingat tu Amalina !
So kepada sesiapa yang membaca entri ni, kita sama-sama istiqamah dalam mencari hidayah dan petunjuk Allah SWT. Susah senang biarlah sentiasa bersama Allah SWT. Jangan waktu susah je nak mengadu waktu senang lupa diri. *Pesanan untuk saya khususnya*
Rabbi yassir wala tuassir ya karim. Aamiin
Lots of love,